CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 4, 2009

dugaan...

apakah yang selalu kita fikirkan

bila ade yang bertanyakan soal hati?
jawapannya kadang kadang adalah yang menjadi perkara biasa
sedangkan ada yang menjawab dengan telus
sesuci hati mereka yang menjawab..

seindah mana hidup kita
di ukur dengan sejauh mana kita melangkah
di mana arah kita pergi dan dengan siapa
kita berkongsi pengalaman
dan tidak semestinya kita akan gembira selalu

kenapa coretan kali ini sebegini?
tiada maksud yang lain dari biasa
cuma kelainan untuk suatu jangka masa itu bagus
bukan untuk suatu kejutan
cuma hendak mengalami suatu perasaan berlainan

bagaimanapun, ianya bukan semudah kita bernafas
pelbagai perkara menerawang tatkala ia datang
walaupun sekadar spontan
tiada yang seindah dari ini
penuh dengan rasa ketidaktentuan yang membawa erti cabaran...

sirna sudah segalanya untuk malam ini
sudah ternukil apa yang mahu disampaikan
cuma mengharapkan kefahaman dalam erti
dan secebis ingatan yang kekal dalam hayat
yang masih bersisa ini..